v

Monday 11 July 2011

BERGEDIL AYAM PERMATA

salam seikhlas dan semurni kasih....
tinggal xberapa  minggu je lagi kita akan berpuasa..klu kat kampung suami sha semua org cbuk nak wat kenduri. menyambut kedatangan ramadhan..ada yg wat kenduri doa selamat..ada yg wat kenduri kesyukuran..akikah..dan...ada gak yg berkira2 nak melangsungkan perkahwinan sebelum pose..maklumlah..nak merasa nikmatnmya berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri yg sah...
               klu ada undangan majlis perkahwinan, anak sha yg pompuan mesti cbuk nak tgk pelamin dan bilik pengantin..sha pulak mmg minat dgn benda2 mcm nie..snap sana snap cni..hehehe...kadang terasa mgalahkan jurugambar lak..bkn apa...utk simpan sha sebagai rujukan utk masa2 akan datang..satu lagi...sha mmg sukaaa...skodeng meja pengantin, tgk menu pengantin yg digubah cantik...tp tgk gak la kan...klu kat tempat org x blh lah wat cam2....dah terlebih dah 2..!!!!
             hari ni sha nak kongsi satu resepi..resepi ni sha olah sendiri utk pertandingan masakan kat tmpat sha,dan dekorasinya sha adaptasikan dari majalah masakan kesayangan sha..iaitu majalah SAJI edisi raja sehari..jom layannnn...

BERGEDIL AYAM

1/2 KG UBI KENTANG-digoreng dan ditumbuk
500GM ISI AYAM-dikisar
6ULAS BWG MERAH
3ULAS BWG PUTIH
1INCI HALIA
1LABU BWG BESAR-dicincang halus
2BIJI LADA MERAH-dibuang biji dan dicincang halus
SEDIKIT DAUN SUP DAN DAUN BWG-di cincang halus
2BIJI TELUR
5KEPING BISKUT CREAM CRACKER-diramas hingga hancur
SEDIKIT LADA SULAH
GARAM DAN PERASA SECUKUP RASA
2 SUDU BSR TEPUNG GANDUM
1 SUDU BSR TEPUNG JAGUNG

1) Bwg merah,bwg putih dan halia di kisar halus
2)masukkan bhn2 kisar,kentang yg ditumbuk..dan isi ayam kisar..masukkan bhn2 yg dicincang
3)masukkan bhn perasa dan lada sulah atau jika suka blh jugak masukkan serbuk kari sedikit
4) gaulkan seketika,masukkan 2biji telur, tepung jagung dan tepung gandum..gaul semua hingga sebati.
5)ambil sedikit adunan, gentelkan bulat2..dan golekkan di atas biskit yg telah dihancurkan kemidian goreng hingga garing..hidangkan dgn sos cili..

klu nak gubah mcm yg sha wat nie..cari sebiji nenas yg jambulnya bengkok sedikit dan jgn dibuang..biarkan kat nenas 2... dan cari satu lg jambul nenas utk dijadikan kepalanya..potong sedikit bahagian bwh nenas..dan balut nenas dgn pastik wraping..cucuk bebola ayam dgn lidi dan susun sekeliling nenas..ambek jambul satu lg..potong sedikit dan cucuk terbalik pada nenas mgunakan lidi sate utk djadikan seperti balung ayam..ambek cili utk dijadikan paruh dan hiaslah megikut kreativiti masing supaya kelihatan seperti seekor ayam serama..cantik utk dihidangkan di meja pegantin...selamat mencuba..t.ksih...

No comments:

Post a Comment